Akhirnya marilah segalanya kita serahkan kepada ALLAH S.W.T. Dia-lah yang berkuasa menentukan kemenangan sesuatu kaum ke atas kaum yang lain. Melihat bagaimana ALLAH membuatkan sebilangan manusia yang sombong dengan diri mereka itu jatuh tersungkur.
Terkadang kekalahan itu untuk dimuhasabah dan memperbaiki apa yang kurang. Membawa nama bahkan agenda Islam yang merupakan rahmat ke atas seluruh alam memerlukan persediaan yang sangat rapi dan teliti daripada pelbagai sudut. Perlu juga dimuhasabah akhlak 'tentera Islam' dan sejauh mana kebergantungan kepada ALLAH azza wajalla. Adalah agak memalukan jika majoriti 'tentera Islam' dan tentera lawan akhlaknya sama, yang membezakan hanya lambang dan bendera.
Dan tidak juga kemenangan itu neraca pembukti tanda ketaqwaan sesebuah kaum itu dan tanda pertolongan ALLAH S.W.T jika dimenangi dengan tipu daya dan muslihat licik. Namun buat mereka yang ikhlas dan tulus, moga ada ganjaran di hujung sana. Jangan pula tertipu dengan pangkat dan kuasa kerana semua itu kelak bakal dihitung secara teliti di hadapan ALLAH azza wajalla tanpa dapat disembunyikan dan diputar belit walau sedikit pun.
Juga buat semua, politik bukan suatu agama melainkan hanya idea. Jangan dikafirkan mereka yang tidak sehaluan dan di'khawarij'kan mereka yang menentang. ALLAH S.W.T menjadikan Islam sebagai agama dan dibawahnya pelbagai pandangan dan mazhab yang kadangkala menyelisihi satu sama lain. Tidaklah sesuatu mazhab itu dikafirkan sewenang-wenangnya hanya kerana menyelisihi pandangan majoriti ulama bahkan para imam mazhab semasa hayat mereka saling menghormati dan mengasihi. Tiada istilah ta'adud mazhab di zaman itu.
Begitulah juga yang patut difahami dalam berpolitik. Islam adalah umpama akar, dan fikrah dan jamaah umpama dahan yang membawa kita mencari redha ALLAH azza wajalla. Tidaklah kita merendahkan dan membenci kumpulan yang tidak berkongsi fahaman melainkan menghormati dan meraikan pandangan-pandangan yang datang dan berhujah dengan baik untuk pandangan yang kurang dipersetujui.
- Jangan cuba menafikan kelemahan diri dengan membuka aib dan memfitnah kelompok lain -
No comments:
Post a Comment