Jom Ikut !!

Thursday, March 21, 2013


Kita insan yang hidup untuk bekerja dan beramal. Sering memperingatkan manusia tentang hakikat ikhlas serta ganjaran bagi mereka yang ikhlas adalah satu usaha yang baik dan moga diberi ganjaran oleh ALLAH S.W.T.

Dari sudut lain, usah cuba mempertikai keikhlasan insan lain yang turut bekerja dan beramal. Jika yang dipertikai adalah dari sudut cara bekerja dan idea yang dibawa, itu tidak mengapa. Dan buat yang menegur dan ditegur, berlapang dada dalam menerima teguran dan menegur dengan cara yang bersesuaian adalah dituntut dan diharapkan.

ALLAHul Musta'an.

Namun soal ikhlas, ALLAH S.W.T. lebih berhak ke atasnya. Namun tidak dinafikan keikhlasan itu terpancar dari pelbagai aspek lain contohnya cara kerjanya yang teratur dan berstrategi, ketenangan dalam menghadapi urusan, dilapangkan baginya jalan dan pelbagai aspek lain.

Muhasabah amalan dan keikhlasan sendiri, hindari dari mempertikai keikhlasan manusia dan memburuk-burukkan peribadi tertentu.

- Perangai suka menjatuhkan manusia, persis perangai syaitan yang sentiasa cuba menjatuhkan manusia ke lembah kebinasaan -

No comments: