Saya belajar sesuatu di masjid tadi seusai solat Isya'. Kata Imam selepas selesai menyempurnakan solat :
"ليس عليكم حرج"
Maksudnya : Tidak ada ke atas kalian paksaan.
Imam tadi menyebut tentang mereka yang terkena selesema dan batuk yang teruk namun tetap ke masjid untuk berjemaah. Katanya, (saya ringkaskan) mereka yang selesema dan batuk yang teruk tiada ke atas kalian paksaan untuk berjemaah. Boleh jadi kalian ke masjid untuk berjemaah namun menganggu jemaah. Batuk yang kuat boleh mengganggu kekhusyukan imam. Manakala selesema yang teruk pula mengakibatkan sering bersin dan boleh menjangkiti jemaah lain. Maka tiada ke atas kalian paksaan, tiada dosa ke atas kalian jika tidak berjemaah di masjid.
Ini berlaku di Mesir, sehingga Imam terpaksa bersuara. Saya terasa disentap. Jika di Malaysia, kita puas berkempen mengajak masyarakat memenuhi masjid. Namun hanya wajah sama setiap hari. Golongan 'veteran'
dan pencen. Mereka inilah yang setiap hari mengimarahkan rumah-rumah ALLAH. Jika di Malaysia, ramai yang sihat pun susah nak ke masjid apatah lagi di waktu sakit.
- Sebenarnya lebih tepat tertuju ke batang hidung yang menulis -
Gerakan Tajdid dan Islah di Malaysia harus bermula. Menyedarkan masyarakat indah dan mudahnya Islam. Setiap tahun kuliah bab thoharah (bersuci) apa kata kita kuliah bab tazkiyatun nufus? Perjelaskan dan permudahkan Islam untuk masyarakat. Apabila Islam disempitkan, maka kita akan dapati golongan remaja hilang minat terhadap Islam yang pada sangkaan mereka sempit. Lalu mereka mencuba apa yang diharamkan ALLAH, mereka hanyut ditelan dunia hingga sangkaan mereka tiada bagi mereka jalan kembali. Lalu ada sebahagian yang mati dalam bermaksiat kepada ALLAH hanya kerana asalnya masalah hilang minat terhadap Islam yang disempitkan!
+ Dakwah dan tarbiyah jalan penyelesaian kepada masalah ummah +

No comments:
Post a Comment